berita rasuah bustersRasuah dalam kalangan agamawan diberi peringatan dalam al-Quran

Rasuah dalam kalangan agamawan diberi peringatan dalam al-Quran

SHAH ALAM – Rasuah dalam kalangan agamawan diberikan peringatan besar dalam al-Quran, kata Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Fazrul Ismail.

Menurutnya, perkara itu amat ditekankan kepada semua agama termasuk Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

“Rasuah ini adalah melepasi sempadan dan agama. Maksudnya antara kumpulan yang diberikan peringatan besar dalam al-Quran ialah rasuah dalam kalangan ilmuwan agama.

“Jadi antara mengapa rasuah ditekankan dalam agamawan kerana agama adalah sumber kuasa yang amat tinggi,” katanya pada sidang akhbar memperkenalkan Pasukan Teras (Core Team) Rasuah Busters di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin.

Selain itu, Fazrul berkata, setiap agama tidak boleh menerima perbuatan rasuah mengikut kepentingan diri.

Malah, beliau percaya setiap agama tidak boleh menerima perbuatan rasuah.

“Perbuatan itu tidak ada manfaat kepada agama kerana agama adalah perkara yang kita tidak diskriminasi,” jelas beliau.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here