Masa sesuai basmi rasuah habis-habisan

0
270

SEREMBAN – Perbuatan memberi dan menerima rasuah perlu dihentikan segera demi memastikan negara serta generasi akan datang terus terpelihara daripada melakukan perbuatan terkutuk itu.

Ketua Biro Belia, Sukan dan Rekreasi Pertubuhan Ikon Malaysia, Kamarul Arif Kassim berkata, sikap suka meminta-minta dan memberi rasuah perlu dicegah agar tidak terus menular dalam kalangan masyarakat.

“Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk kita membasmi rasuah habis-habisan.

“Memang betul bukan mudah tetapi kalau kita dapat tingkatkan kesedaran masyarakat mengenai betapa jijiknya memberi dan menerima rasuah itu, kita pasti akan berjaya.

“Lebih-lebih lagi negara kini dalam tempoh pandemik Covid-19, kita perlu banyakkan istiqamah dan hindarkan diri daripada perbuatan keji.

“Rasuah ini ibarat penyakit kanser, sukar untuk dirawat tetapi tidak mustahil untuk diubati.

“Jika ada azam dan usaha pasti kita dapat mendidik masyarakat untuk menolak rasuah,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, keutamaan harus diberi kepada pemberi rasuah kerana orang yang memberi itu hakikatnya lebih teruk berbanding penerima.

Namun, katanya, itu tidak bermakna penerima boleh terlepas, sebaliknya kedua-duanya wajar dikenakan hukuman yang seberat-beratnya.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here