Kempen 100 juta langkah menentang rasuah platform solidariti rakyat

0
362

SHAH ALAM – Kempen 100 juta langkah menentang rasuah menjadi satu platform solidariti rakyat Malaysia yang membawa hasrat menentang rasuah.

Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, sehingga kini, lebih 200 gabungan Rasuah Buster yang menggerakkan program anti rasuah dan penyalahgunaan kuasa di peringkat masing-masing.

“Setiap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat membantu kepada pembangunan negara dan jika kita hanya mengharapkan pihak berkuasa serta kerajaan, maka kita tidak melakukan sesuatu kepada rakyat itu sendiri.

“Ada dalam kalangan NGO yang mempunyai gabungan membawa intipati rasuah yang patut kita tentang habis-habisan. Begitu juga dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh Jufitri Joha, beliau begitu berinisiatif membawa belia untuk menentang rasuah. Ini kerana ramai anak muda tidak sedar bahawa kita berdepan dengan situasi bahaya,” katanya ketika Program Sinar Live bertajuk 100 Juta Langkah: Ikrar Tempuh Rasuah pada Jumaat.

Turut bersama pada program tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Checkpoint Spot Sdn Bhd, Benjamin Yeow dan Hos, Hazwan Mokhtar.

Mengulas lanjut, Nurhayati berkata, kempen itu turut berperanan sebagai serampang dua mata dalam membanteras gejala rasuah.

Katanya, perkara itu boleh dilihat dengan penyertaan daripada rakyat untuk bangkit menentang rasuah.

“Rakyat yang terdiri daripada kanak-kanak, ibu bapa, orang awam merasakan ‘self of belonging’ apabila program sebegini dibawakan kepada rakyat.

“Setiap langkah yang diaturkan bukan langkah biasa tetapi langkah ini boleh jadi yang pertama di dunia, 100 juta langkah direkodkan atas motivasi kami membawa hasrat menentang rasuah,” ujarnya.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here