berita rasuah bustersPantau projek luar bandar elak rasuah

Pantau projek luar bandar elak rasuah

SHAH ALAM – Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Malaysia (PKPLBM) mencadangkan agar kerajaan melantik lembaga penasihat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memantau pelaksanaan pembangunan di luar bandar.

Presidennya, Mohd Haffizan Alimudin berkata, penasihat tersebut akan bertindak sebagai pemantau atau mengaudit perjalanan pembangunan luar bandar sehingga projek berjaya dilaksanakan.

“Melalui cara tersebut, kegiatan rasuah dapat dikurangkan dan dicegah terutama dalam sektor pembangunan luar bandar,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mohd Haffizan, penguasaan lebih ketat diperlukan supaya pembangunan luar bandar tidak ketinggalan dan setiap program yang dijalankan harus diisytihar kepada orang ramai.

“Ia kerana terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terhadap masyarakat luar bandar sehingga menyebabkan pihak atasan mengambil kesempatan di atas pembangunan yang sepatutnya mereka dapat.

“Punca utama ialah kurangnya penguatkuasaan sehingga membuka ruang untuk mereka ini terbabit dalam aktiviti amalan rasuah,” ujarnya.

Mohd Haffizan berkata, PKPLBM turut menyokong penuh kempen Rasuah Busters yang dianjurkan bagi memastikan negara dan masyarakat bersih daripada gejala rasuah.

“Saya menyokong penuh gerakan yang dijalankan supaya kita tidak terperangkap dalam agenda rasuah,” katanya.

Pada 16 Januari lalu, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub melancarkan kempen tersebut bagi membanteras gejala rasuah dan membina semula negara.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy