berita rasuah bustersUnisel sahut seruan SPRM bebas rasuah

Unisel sahut seruan SPRM bebas rasuah

KUALA SELANGOR – Seramai 244 orang kakitangan akademik dan pentadbiran Universiti Selangor (Unisel) menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) buat pertama kali di Dewan Canselor, Unisel Kampus Bestari Jaya, Batang Berjuntai di sini.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, program tersebut melambangkan Unisel komited menyahut seruan kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan setiap kakitangan bebas daripada gejala rasuah.

Menurutnya, setiap kakitangan Unisel tidak hanya melafaz ikrar semata-mata, namun ia perlu dihayati dan dipraktikkan agar universiti tersebut lebih cemerlang kelak.

“Agenda integriti dijadikan teras dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pekerja,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Lafaz IBR Unisel diketuai oleh Dr Mohammad Redzuan dan diteruskan dengan majlis menandatangani IBR yang disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Selangor, Datuk Alias Salim.

Hadir sama pada masjlis itu ialah Ketua Kluster Tadbir Urus Menteri Besar Incoperated (MBI), Anas Sulaiman, wakil SPRM Selangor dan MBI Selangor serta barisan pengurusan tertinggi Unisel.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy