Influencer media sosial mampu didik belia

0
330

SHAH ALAM – Penglibatan influencer media sosial mampu menjadi contoh kepada belia untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala rasuah yang serius di negara ini.

Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia, Muhamad Hanapi Jamaludin berpendapat, ramai golongan belia menggunakan media sosial untuk mendapatkan informasi dan influencer boleh berkongsi maklumat mengenai bahaya jenayah rasuah.

Katanya, influencer boleh menggunakan kedudukan mereka untuk berbicara mengenai sesuatu isu.

“Sebagai contoh, apabila mereka bercakap isu rasuah sebagai jenayah sudah tentu ramai pengikut mereka yang menerima mesej tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambahnya, jika perlu pihak yang terlibat harus menubuhkan komrad media sosial yang mempunyai tanggungjawab moral untuk membendung rasuah.

Dalam pada itu, beliau berharap individu yang disabit kesalahan itu dihukum dengan lebih keras bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya rasuah.

“Hukuman penjara tidak memadai dan tidak mampu memberi ancaman kepada pelaku rasuah berprofil tinggi.

“Selain itu, individu yang terlibat dalam rasuah harus memulangkan semula harta rasuah kepada perbendaharaan negara,” katanya.

Pada 16 Januari lalu, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub melancarkan kempen atau gerakan yang dinamakan sebagai Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa bagi membanteras gejala rasuah dan membina semula negara.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here